Ada sape2 lagi ke yang tak tau aku pencinta karaoke? Ahaha kejadah apekah nak semua orang tau that I love karaoke-ing kan. Btw yes, I love love love karaoke-ing walaupun suaraku dihina dicaci malah diperkotak-katikkan, tapi persetankan itu semua. Tak nak dengar aku nyanyi sudah, nama kau dollah.
You don't need a golden voice untuk melayakkan diri berkaraoke anyway. Bak kata Air Asia, now everyone can fly, begitu jugalah slogan Red Box, now everyone can sing OK tipu ini slogan aku buat sendiri.
But I don't do karaoke with just anyone because some people adalah sangat terkinja-kinja melalukan perkara pantang larang semasa berkaraoke and it annoys me to death. So, lesson learnt, the next time you go karaoke-ing, make sure anda pergi bersama orang yang tidak terkinja-kinja melakukan perkara pantang larang semasa berkaraoke.
First things first, we all know karaoke bukanlah hobi yang murah unless pergi karaoke jamban. Red Box toksah cakap lah, berlubang sekejap walletku kalau karaoke kat Red Box, tapi demi cinta yang mendalam kepada suara emas sendiri, ku relakan juga.
So bila dah tau karaoke bukan benda murah, and kau orang tong tong bayar untuk bilik karaoke tu, apa barang dowh some people bila masuk je karaoke room, terus terkam remote control bilik 10 lagu stret untuk kau sorang. Macam ni :
"OMG cepat cepat I nak pilih lagu"
"Eh I nak lagu Katy Perryyy!! Haaa semua lagu Katy Perry I nak nyanyi, ok ok dah 5 lagu katy perry"
"Ohhhh I nak nyanyi that new released single from Britney jugak!!"
"Eh this song pon bestt!! Nak nak!!"
and it went on sampai si lakhanat ni dah pilih sampai 10 lagu. WTF dowh. I didn't pay to hear you sing for freaking 1 hour or so and lepas tu aku dapat nyanyi 1-2 lagu je padahal bayar sama rata gak. Cilakak betul. Common sense ade tak kak? Nak kata first time, kau siap ada membership card, tapi perangai terkinja-kinja kau boleh tahan jugak melampau.
Lenkali, pilih la 1-2 lagu and then pass the remote to your other friend and let her choose her songs, lepas tu pass kat kawan2 lain and baru back to you and now you can choose your third and fourth song. Ada paham? Kalau kau dah siap2 pilih 10 lagu, memang confirm2 la kau sorang je yang nyanyi nanti. Baik aku balik rumah nyanyi sorang2 dalam jamban dekat rumah aku, lagi syok okay.
Itu perkara pantang larang nombor 1 and yang paling aku menyampah. Pantang larang kedua aku adalah orang
Amalaynicans. Arghhh ini pun menyampah lagi stress lagi muntah hijau berak cacing plsssssssssssss.
OK i can sing english songs when karaoke-ing but who cares if I wanna sing lagu dangdut? Or rock kapak? Or balada? Or irama tradisional? Who fucking cares? Amalaynicans care! Because orang melayu bajet mat salleh ni allergic kalau dengar orang nyanyi lagu melayu.
Honestly, my songs of choice when karaoke-ing are usually malay songs. Because whyyy, because I think it's fun-ner to sing malay songs when you're with a whole bunch of crazy friends, it suits ur voice and accent better (durrrhhh) and it really test your vocal waahahaha. Aku takde la membenci english songs when karaoke-ing, ade je aku nyanyi lagu english, tapi aku membenci orang melayu yang buat muka habis bajet when kawan kau pilih lagu melayu. Muka macam ni ;
"WTF, you really wanna sing a malay song?"
"OMG i can't stand orang sebelah nyanyi lagu dangdut, bernanah telinga i tau, pls la nyanyi lagu english"
Ala you get what I mean kan. Pls lah. If you're really a mat salleh and u're acting dat way then I won't really mind, but muka kau kalah muka jawa totok lepas tu engkau nak bajet buat muka hina when ur friend picks a malay song. Eh, pegi mati pls.
Okay moving on, next, aku sedikit annoyed bila semua lagu kau nak nyanyi berjemaah sampai tenggelam suara si penyanyi lepas tu microphone tu dah jadi macam dia punya sorang, tak nak langsung pass kat orang lain. Ok ni aku terpaksa annoyed dengan kadar sedikit sahaja sebab i do the same thing wahahahahahahha. Can't help it sometimes because I really love singing, biarpun suaraku dituduh sengau. But I occasionally pass the microphone to other friends okay ahahaha tapi part nyanyi berjemaah tu cannot be helped la sometimes ahahha OK OK will try untuk turn my mouth into silent mode bila orang lain punya turn nyanyi wahahahha.
Sometimes, kau tengok tajuk lagu yang kawan kau pilih kau macam tak tau what song is that. Tapi bila keluar je music, masing-masing "wehhhhhh aku tau lagu niiiii!!!" and then masing2 berjemaah nyanyi ramai2 weh. Hampa si pemilih lagu sebab suaranya bakal ditenggelami nyanyian berjemaah rakan2. -___-"
Oh basically those are the three things that annoy me to death lah when karaoke-ing. Orang yang meroyan pilih lagu untuk dia sorang, amalaynicans who's allergic to rock kapak songs or dangdut or whatever malay songs when karaoke-ing and lastly, orang yang semua lagu pun ada suara dia lepas tu microphone stays with him and only him dari awal sampai habis. Pergh.
Well, to me karaoke if the time for me to enjoy so I want to avoid annoying things like this as much as possible la kan and I'm sure orang lain especially pengkaraoke tegar seperti aku pun tak puas hati jugak kalau ade member2 yang terkinja2 buat perangai camni when karaoke-ing so pls take note okay the next time when u go karaoke-ing.
Some of my lagu2 kegemaran when karaoke-ing ;
1. bulan cinta (amelina)
2. zombie (the cranberries)
3. what's up (4 non blondes)
4. semua lagu ziana zain especially anggapanmu
5. teratai layu di tasik madu (fauziah latiff)
6. memori daun pisang (amelina and iwan)
7. semua lagu awie ahahahahaha especially di penjara janji LOL
8. kau yang bernama seri (handy black)
9. teringin (shima)
10. salam untuk kekasih (nadia) - new favourite
11. segenggam setia (rahmat) - new favourite
12. senggol-senggolan (mas idayu)
13. tenda biru (dessy ratnasari)
ok pls lah dun ask "are u like a big fan of dangdut?" and "do u even listen to dangdut songs when driving or studying or whatnot?" ahahahahhaha no i'm not a big fan of dangdut tapi i dunno why i suka karok lagu dangdut. macam best and macam fun. tak ke? and suka jugak nyanyi lagu2 ala2 mencabar vocal mcm lagu ziana zain ke, lagu nicky astria ke, aishah ke, awie keee, ahahaha and memang mencabar sampai nk terkeluar anak tekak tapi layan sajes.
and there's one thing about me when karaoke-ing, lepas karok 3-4 jam, mesti sakit pinggang. i think it's because i tend to nyanyi dengan posisi aneh untuk pengeluaran suara yang mantap haha. bila tanya orang lain diorang ade saket pinggang tak lepas karok, semua cam, "pehal nak saket pinggang lak kau nyanyi pakai ape weh?" ahaha ok ok so ini special case. harap maklum.
latest pic of me karaoke-ing