Saturday, March 27, 2010

how fair is our parents?

Unless you are the only child in the family, you will have to compete with ur sisters and brothers for attention from your parents. Especially if you are the elder, perrgghhh.

I have 6 siblings. 5 sisters and 1 brother. I'm the second child. The gap between my kak long and me is 6 years, and the gap between me and my brother is 4 years :D so I kinda have all the attention in the world for quite a long time lah. Tapi kesian my little brother and sisters, gap diorang semua dekat2, wahahahahahaaha.

kanak2 lagi.


But zaman kegemilangan I, walaupun lama, lepas tu punah bila I kept on getting new adik every other year. Mak aku yang memang dah sedia garang sejak azali, bertambah2 garang nak mati selepas kewujudan adik2 aku. Asal silap sket, asal adik aku tetibe melalak menangis, yang punya salah tkde lain, confirm aku. Walaupun aku cuma lah budak 4 tahun yang main2 jambul and cubit2 pipi adik aku sebab I thought he was so comel, but turns out, aku la salah and aku lah yang kena terajang lepas tu. Eh, don't you think I was innocent?

Parents are obviously anxious and u know, too careful la when raising the first few children. And I'm included. Masa zaman tumbesaran aku, my parents memang sumpah strict lagi garang. Kalau result sekolah tu, tak main lah A, mak aku nak aku dapat A1 punya dalam semua subject. Padahal sekolah rendah lagi kan. Memang berwawasan 2020 la. Kau berani lah kasi cikgu kau tulis B dalam report card, sampai menangis teresak2 mak aku lecture aku tau. Kalau aku dapat nombor 1 dalam class, ha, tu memang kepuasan sejati parents aku lah. Apa lagi kalau aku dapat no 1 dalam aliran (the whole batch), confirm diorang belanja aku KFC. Weh, KFC tu super mewah kot zaman aku sekolah rendah. Special occasion jer pergi KFC.

berani la hina spec bulat aku? wahahahaha.

Same goes about boarding school. Memang tak puas hati sampai sekarang. I was the only child yang kena paksa masuk boarding school. Reason being, duduk boarding school boleh bergaul dengan orang pandai, lagi disiplin, semua for your own kebaikan blablabla. Adik2 I baru ckp "tanak pergi asrama sebab kat asrama ada hantu dalam toilet" lepas tu my parents boleh plak ckp "okay tak payah pergi". AMBOI MAK MINAH SAYANG, aku siap meleleh air mata buat drama keling nak bunuh diri pun, ingat mak aku layan? Memang tak ahhh! Dahla kena paksa time form 1, eh, time tu halus gila kot lagi. Adik aku, form 4 tanak pergi boarding school pun takde hal punya. Lepas tu aku sorang la yang merana merasa kehidupan dengan warden2 paling dengki sekelian alam kan. Adik2 aku still boleh pergi sekolah, balik rumah tidur. Aku lah yg merana merasa pergi prep petang sampai malam. Adik2 aku sampai form 5 merasa mak aku masak sedap hari2, aku nih merana sebab kena telan ikan jacket hanyir makcik dewan makan. Pergh.

There was this one time, I overheard my mom berborak2 dengan makcik mana tah, I forgot. Tapi diorang cakap2 pasal anak2 lah. And suddenly my mom cakap "ohhh, dengan anak last ni memang sayang dia lebih sket" Mak aihhhhhh, time tu I was next to my mom. Ha kauu, pilu tak dengar? Kiranya anak last sayang 100%, anak second last 80%, anak 3rd last 60%, 4th last 40%, abis tu, bape banyak tinggal utk aku? 20% Pergh. Tersentap jiwa raga gua. Dahla selamba badak cakap time aku dekat situ, bajet aku invisible la time tu kan. Yelah yelah, aku terpaksa redha. Maybe sebab baby sis aku lagi comel rambut perang lagi melepak dari aku kot. Sebab tu sayang lebih. Tapi aku rambut hitam sebab genetic, tak melepak sebab kecik2 kena halau dengan mak suro pergi main luar petang2. Tak percaya? Tengok kaki aku, melepak lagi ok? Wahahahahahaha.

zaman ke-melepak-an aku. orang igt anak cina ok? sekarang tidak lagi.


Kenapa eh parents2 sekelian alam ni suka betul nak manja kan anak last? Yang anak last ni, suka nak buat2 manja, dah la tu, bila buat2 manja, dilayan pulak tu. Cube kalau aku buat2 manja, memang tak ah parents aku nak layan. Baik diorang baca Berita Mingguan atau tengok Melodi daripada melayan ke-manja-an anak2 sulung/second. Buang karan. Kau dah besar, tak payah nak bajet comel macam budak kecik.

Tapi the best thing about being the elder is you won't get secondhand stuff that often. Muahahahahahaha. Barang gua semua brand new. Tapi, my baby sister paling kesian lah, bukan setakat second hand, 3rd and 4th hand pun semua dia dapat. Baju sekolah, buku sekolah, beg sekolah, baju2 jalan, baju2 kurung, jeans2, semua turun pergi my little sisters. Every time nak bukak sekolah jer, mesti my dad check if ada barang2/buku2 kakak2 yang boleh pass dekat adik. Adik aku buat muka ketat jer sebab dapat barang buangan kakak2 diorang wahahahaha. Tapi nak buat macammane, kata anak 6, penjimatan mesti besar-besaran beb. Kalau tak bankrupsi la my dad every year nak beli brand new stuff for each and every daughter/son.

My parents are getting more and more sporting each year. And my little sisters/brother la yang dapat benefit ni. Nak keluar dengan kawan, diorang hantar. Nak handphone, sorang sebijik. Tak nak pergi asrama, okay layan. Ah, banyak lah beza dengan zaman aku. Time aku nak keluar dengan member dulu2, kau pepandai la cari transport sendiri. Kalau takde sangat, kaki ada, haa, jalan la sampai lebam. Dulu, aku nak pergi shopping dekat Kompleks PKNS time darjah 4 pun sorok2 tau. Siap jalan kaki kot dari library. Wahahahaha. Years after that baru I told my parents about me pergi shopping kat Kompleks PKNS. Padahal Kompleks je kan. Bukan shopping apa pun, time tu shopping kaset, itu pun share dengan member, sebab tak cukup duit.

Handphone toksah cakap lah, zaman sekolah tu pun, dapat handphone descended from my mom. Habis sekolah baru dapat handphone sendiri, itu pun duit sendiri. My dad pernah belanja I handphone sekali je la seumur hidup. Adik aku sorang dah at least 2 kali dibelanja handphone. Warrgghhh. Sebab they started using handphone early. My baby sister dapat handphone time darjah 4 kot? Confirm la 2-3 tahun lepas tu tukar handphone kan. Budak kecik duit mana ada, so my dad la belanja. But during my time, pakai2 handphone dah form 4, by the time nak tukar handphone, SPM dah lepas, and I was working so I earned my own money. Apa lagi, nak handphone baru, lu pakai la duit sendiri, abah nak bayar banyak benda lagi ni ha.

Tapi nak kata my parents tak pernah mengamuk with my little sisters/brother tak boleh jugak. Siapa buat perangai, memang siap punya. Cuma masa zaman I, kebanyakan sebab I kene terajang/pelempang/belasah adalah sebab adik2 I. Memang asal gaduh ngan diorang je, aku defend la macam mane pun, aku jugak yang kena, alasan favourite zaman berzaman ialah, sebab I'm the elder. Adik2 I ni diorang kena terajang mainly not because bergaduh sesama sendiri, well yeah, bergaduh sesama sendiri memang kena terajang ah, tapi siapa salah la yang kena. Dah kata umur tak jauh beza kan, so apa ada hal. Tapi usually diorang kena sebab salah diorang sendiri, contoh, malas belajar or bergayut tak sudah2. Like that. Aku, malas belajar pun kena belasah. Bergayut melampau pun kena. Adik aku cari pasal pun aku kena. Haisshhh!

My sisters owe me big time ah. Disebabkan kegedikan korang, kakak kau yg kena suffer big time. Except for my little brother. He's one little angel. Ni lah paling kurang bermasalah kat rumah tu. Yang lain semua macam beruk terkinja2 nak cari pasal. Tapi sekarang masing2 dah besar, try ah cari pasal sekarang, I'll make sure you get what you should from abah and mak! Wahahahahaha.

Whatever it is, it's not easy to be a mom, or a dad. I'm sure they did try their best to be fair to every children. Tapi nobody's perfect, diorang pun tak pernah ada experience raise children before getting us. It's not like we had any life in the past ( unless la kau hindu kan, kau percaya dulu2 kau adalah seekor lembu and pernah jaga anak lembu, tu baru ada experience ) so they're learning too. Like my parents, cara diorang besarkan I was not exactly the same dengan cara diorang besarkan adik2 I, because sepanjang diorang besarkan the first few children, they learnt a lot. So, mesti la they improvised the way they raise the children berdasarkan pengalaman membesarkan anak2 yg sebelum tu, kan?

I gotta thank my parents for being firm to me. Yes, I hate it too much bila kena marah and all, especially for things I didn't do, tapi in a way, it moulded me to be who I am today. Setakat cikgu atau lecturer nak marah or membebel kat aku, takde hal la beb, I've gone through much more with my parents. Setakat nak tinggal sorang dekat rumah, takde hal la kalau orang nak takut2kan pasal hantu ni, sebab aku lagi takut ngan mak aku daripada hantu. Weh, hantu pun takut la dengan mak aku. So, rumah gua bersih dari hantu punya. Aku pun dah berapa juta kali kena overnite sorang2 dekat rumah sebab my family suka sangat nak bercamping bagai. Ah, tak kuasa aku nak join tidur dalam hutan. Dahlah jarang2 balik Malaysia, memang tak ah.

holiday kat mana tah. lupa.

So, if you think your parents are being unfair sebab belikan ice-cream for ur little sister but not for you, think again. Takde parents kot yang tergamak or sampai hati nak lebihkan any of the children. It's either mereka tak sedar or maybe they have their own reason for doing that. Sometimes, parents lagi tau, anak mana yang kental kena paksa buat itu ini pun dia boleh go through, but the other child kurang kental, kalau paksa jugak buat itu ini mungkin boleh breakdown which is not good for her own future. So, they know better, maybe not all the time, but I assure you, they do know better, most of the time.

I believe my parents have their own reason for being firmer with me.

Yelah, sebab aku paling degil. Wahahahahahahhaa.

4 comments:

baz said...

my parents changed to a very diplomatic super cool mom and dad when i turned 18.
b4 dat ive gone thru all the hardcore, highest level torture that any other parents can think of.
ive been locked outside the house overnight on a stormy day for losing RM 1, tied all day long with a metal chain just to keep me home, bruises all over my body thinking that will make me a better watch reader and being a good friend of a hosepipe, belt, and hanger.lol
parents, wht took u so long to be good with ur only daughter.
but i think that makes me a tough, rough, buff, and raised surface woman nw kan ira ;P
2 thumbs up 4 ur post.

izzarief said...

hadoi..tergelak je bace...

drum kit said...

Yes, I hate it too much bila kena marah and all, especially for things I didn't do, tapi in a way, it moulded me to be who I am today.

Hey good stuff u wrote here! :D

IRA said...

baz : hahaha kesian kau hilang seringgit kene duduk luar rumah! lol. takpe, takde hal, aku pun sama! sebab tu kita geng! wahahahahhaa

izzarief : yeah man, and u ade exam kan! lol!

drum kit : good stuff comes from good ppl! cewah! ;p thanks for reading!