saya sedang mengemas barang2 saya utk pulang ke negara india di mana saya akan meneruskan perjuangan untuk belajar perubatan dalam tahun yang ke-2. saya terkesima kerana saya sedari, betapa banyaknya baju2 yang saya beli tetapi saya belum lagi sempat menggayakannya. oh, saya menyesal. duit saya terbang melayang kerana mengikut kata hati yang jahat ini untuk membeli dan terus membeli baju2 yang entah bila akan saya gayakannya. oh tidak.
tadi baru saja mama saya bising2 dekat anak2 tercinta pasal pembaziran. abah saya jugak tidak ketinggalan untuk menyentil. abah saya cerita, sewaktu dia berusia 16 tahun, dia begitu kempunan utk memiliki sebuah radio kecil yang hanya berharga rm24. abah saya bertungkus lumus dengan operasi penjimatan besar-besaran. namun, dia hanya berjaya mengumpul rm12. dan sampai sudah, impian beliau utk memiliki radio kecil itu tidak kesampaian. kesian kan? maklumlah, abah bukan berasal dari keluarga yang kaya raya. to'ki hanya seorang kerani suatu ketika dulu. adik beradik abah pula sedozen, ye betul lah tu, 12 orang. keluarga abah hidup dalam keadaan sederhana dan begitu berjimat cermat.
mama juga berasal dari keluarga yang kurang berada. atuk saya merupakan seorang askar. adik beradik mama tidak kurang ramainya. sebagai anak sulung, mama memang telah ditanamkan sifat untuk berjimat cermat.
tapi, apa jadi pada anak2 abah dan mama? ya rabbi. kami memang tak kenal erti susah, bak kata mama. apa yang kami mahu, merengek meraung2 sikit pasti abah akan belikan. oh, bukan saya, tapi adik2 saya. semasa abah belajar di scotland dulu, biasiswa yang diperoleh hanya 70 pounds kot? tapi abah masih mampu menghantar sedikit duit belanja buat keluarga di kampung. sedangkan saya, saya mendapat 700 usd sebulan, tapi saya tidak pula mengirim wang ke rumah. jangan kata kirim duit, duit simpanan untuk diri sendiri pun belum tentu ada. oh, saya memang tak reti simpan duit. saya hanya tahu membelanjakan duit. apa nak jadi pada saya?
saya tahu, saya kena mula menyimpan duit. saya ingin menghentikan segala pembaziran. saya tidak mahu lagi berbelanja sewenang2nya. saya tidak mahu lagi ikutkan hati untuk membeli baju2 yang saya suka dan kasut2 yang menambat hati saya. walaupun misi ini agak sukar untuk diteruskan, tapi saya akan cuba. kepada rakan2 saya yang kuat berbelanja di india seperti bazilah, nadia, ninot dan adam, tolong jangan pengaruhi saya untuk berbelanja macam orang gila lagi.
saya perlu bertaubat. ahhh, saya akan cuba simpan duit. saya akan cuba untuk tidak cepat cair seperti chocolate bila melihat baju2 yang comel dan kasut2 yang ahh, menggoda. apa yang diperkatakan abah dan mama tadi banyak kebenarannya. abah bakal pencen lagi setahun, adik saya tak kurang ramainya. saya, sebagai anak yang agak sudah besar, mesti membantu keluarga. sampai bila saya mahu harapkan ibu bapa? sampai bila mama dan abah mesti bekerja keras untuk menanggung kami adik beradik? kenapa saya lambat sedar? eh, saya dah lama sedar, tapi disebabkan kesengalan saya, saya buat buat tak tahu saja.
tapi lepas ini, saya akan cuba buat buat tahu. saya akan hentikan pembaziran yang melampau-lampau ini dengan serta merta. Ya Allah, tolonglah hamba-Mu yang lemah ini. Amin.
How to Find Your Manual in Apple iOS Apps
3 years ago
4 comments:
wahahahahahaha sengal la ko..PERLUUUUU ke letak nama aku sekali..akula org yg PALING jimat..wahahah
meh aku aminkn doa ko..amin~
may da force be wif us ira...ekekeke
hahahha ye ira! kau kena berjimat cermat! haha kau bli byk gila kottt bj?? dekat blogshop lagi. perh. x pe aku doa kan kau k. haha
N
serious banyak duit awak.nakkkkk
M
haha. kau memang dari dulu suka sangat shopping. aku pelik mana ko simpan baju ko semua..sebab aku punya baju pun melimpah2 tak muat dah:P
Post a Comment